Insurans Akhirat - 1/2

Assalammualaikum~



Ingat dok, ambe ada jer kan nak share cerciters tentang insurans akhirat. La ni baru ambe ada masa nak cerciters. Molek berbeno nak share skang ni rasanya sebab ianya ilmu yang baru ambe pelajari. Jazakallahu Khayran ya Ikhwan :)

Tau dok bila seorang cikgu mung senangi, belajar pon mudah je kan. Itu yang ambe rasakan. Ambe envy dengan si ikhwan ni atas amalannya dan kasih sayangnya yang begitu utuh untuk Yang Maha Besar. So bila dia share benda macam ni, ambe mudah je ingat.

Ok ambe memang suka merapu. Ngehehehe! Al-maklum pembuka kata.

Let's go to the core story.

Seorang Ikhwan berkongsi dengan amalan ni waktu ambe ada kerja luar daerah. Pada satu malam gerhana bulan, sedang menikmati minum petang sebelum maghrib bersama si Ikhwan ni dengan teman-teman yang lain juga, terusan saja...

Dia: " Tau apa fadhilat baca Surah As-Sajdah dan Al-Mulk?"

Ambe dengan teman-teman ambe yang lain - *menggeleng* dan....

Ambe: "inda tau. Tapi Al-Mulk ada I pernah kena advice untuk membacanya"

Dia: "Both surahs - Insurans Akhirat. Amalkan membaca selepas Maghrib, sementara menunggu waktu Isyak masuk."

I was like, whoaaaaaa..realllyyyyy! *dalam hati teruja* Tak juga ambe bertanya dengan lebih lanjut. Rasanya ambe memahami apa yang dimaksudkan dengan insurans akhirat tu insyaAllah.

So sekembalinya ambe ke dalam daerah, ambe terus saja research tentang surah-surah ini dengan lebih mendalam akan fadhilat-fadhilatnya.

So untuk post kali ni, ambe nak share akan Fadhilat Surah As-Sajdah. Kita fokus untuk satu surah dulu. Jom kita berkenal-kenalan :)



SURAH AS-SAJDAH

: Surah yang ke-32 dalam Al-Quran.
: Mengandungi 30 ayat
: dan membawa maksud 'sujud'. Telah dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Berikut adalah KELEBIHAN DAN FADHILAT Surah As-Sajdah ini yang telah membuatkan ianya menjadi insurans kita untuk akhirat nanti insya-Allah:

1. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah As-Sajdah, dikurniakan pahalanya seperti pahala orang yang solat menepati malam Lailatul Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."


2. Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:

"Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata: "Tidak ada kesusahan bagimu""


3. Dikurniakan Nur (Cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.

4. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

5. Diampunkan dosanya atas amalannya membaca surah ini kerana ia merupakan salah satu surah Al-Munjiah. Telah disebutkan oleh Al-Darimi daripada Khalid bin Mi' dan katanya:

“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”


6. Merupakan amalan Rasulullah SAW setiap malam (di samping surah Al-Mulk). Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata (yang bermaksud):

"Adalah Nabi SAW tidak akan tidur sehingga dibaca oleh baginda surah As-Sajdah dan Al-Mulk."


7. Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :

"Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda."



SUJUD TILAWAH

Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.


(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)




So ye, rasanya yang ni terang lagi bersuluh akan apa fadhilat-fadhilatnya. Rebut lah peluang ini sementara masih bernyawa. It is what Allah has offered to you - INSURANCE yang tak payah buat any monthly payment. Diguarantee kemudahan dan kesenangan ketika Akhirat nanti - where place is permanent, insyaAllah.

Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar~ Ameen Ya Rabb.

Waminallahi at taufiq wal hidayah.
Wallahu'alam.


Lots of Love xx



Sumber: Iera Afzu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Give and Take

Aku Takut

What Makes Smile =)